Ugama

Welcome to Ugama JIS

PRAKATA DARI GURU BESAR

الحمد لله رب العالمين

والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى اله وصجبه اجمعين.

Syukur Alhamdulillah, sejak Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong ini ditubuhkan, keramaian pelajar yang mengikuti pembelajaran ugama adalah meningkat. Ini adalah disebabkan kesedaran semua pihak tentang betapa pentingnya pelajaran ugama itu pada diri individu pelajar itu sendiri lebih-lebih lagi dengan adanya Akta Pendididkan Ugama Wajib yang telah bermula januari 2013.

Saya amat berterima kasih kepada guru-guru disekolah ini dalam sama-sama berganding bahu untuk memajukan dan menjayakan visi dan matlamat sekolah. Pencapaian dan peningkatan dalam peratus lulus dari segi akademik sesi 2018-2019 pada keseluruhannya adalah sangat cemerlang dan membanggakan. Semoga kejayaan seperti ini akan dapat meningkat lagi dari masa ke semasa atau sekurang-kurangnya dapat dipertahankan.

Sekolah ini juga pembelajarannya mengikut syallabus yang telah ditetapkan dari Bahagian Kurikulum Jabatan Pengajian Islam akan tetapi term persekolahan mengikut term sebagaimana term sekolah JIS. Yang mana bermula Ogos dan berakhir dalam bulan Julai.

Berbagai aktiviti yang telah diungkayahkan oleh pihak sekolah pada sesi 2018-2019 misalnya mengadakan Majlis Khatam Al Quran bagi pelajar-pelajar Darjah 6, mengadakan Sambutan Awal Tahun Hijrah, Sambutan Maulud Nabi, Sambutan Hari Raya, mengadakan Extra-Class dan Parents-Teachers Meeting, Program Amali ( Fardhu Ain ), Murattal Al Quran dan membaca Yassin dan Tahlil.

Berhubung dengan penglibatan sekolah dengan aktiviti Ko-Kurikulum yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam, pihak sekolah juga melibatkan diri dalam berbagai-bagai peraduan misalnya Peraduan Rawi, Peraduan Membaca Al Quran, Peraduan Syarahan dan Peraduan Dikir Syarafil Anam. Akan tetapi ada sebahagian peraduan pihak sekolah tidak dapat menyertai iaitu Peraduan Tahlil, Peraduan Menghafaz Ayat Suci Al Quran dan Skim Bimbingan Tilawah Al Quran Remaja. Ini adalah disebabkan kekurangan murid yang berbakat dan berminat dalam peraduan tersebut. Dan Insya Allah, pihak sekolah akan berusaha untuk menyertainya pada masa akan datang.

Dan akhirnya, saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada guru-guru sekolah ini, atas usaha yang gigih dalam memberi pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid sehingga mereka menjadi murid yang berjaya dan berakhlak mulia sesuai dengan visi sekolah ini iaitu 

‘Kearah Kesempurnaan Akhlak’.

Semoga usaha dan jasa guru-guru itu akan mendapat keberkatan dan ganjaran yang setimpal dari Allah Subhanahu Wata’ala. Amin…….

Sekian,

Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Hajah Noraidah binti Haji Tengah

Guru Besar

Sekolah Ugama Antarabangsa Jerudong ( JIS )

Kawasan Brunei III

GAMBAR GURU-GURU
SEKOLAH UGAMA ANTARABANGSA JERUDONG (JIS)


Dari Belakang (kiri ke kanan): Cikgu Mohd Husaini bin Haji Asmad, Cikgu Norimy bin Haji Ahad, Cikgu Andy Bakhtiar bin Thamit, Cikgu Norisham bin Haji Kamis

Depan: (kiri ke kanan): Cikgu Hajah Azizah binti Haji Miramit, Cikgu Rostinahwati binti Mohd Maidin, Cikgu Nurulfaihah binti Hamdan, Cikgu Dayang Hajah Sazalina binti Haji Awang, Cikgu Hajah Bariah binti Haji Md Yazid, Cikgu Hjh Noraidah binti Haji Tengah (Guru Besar), Cikgu Juhaida binti Haji Tahamit, Cikgu Siti Nor Qamarina binti Haji Ahmad, Cikgu Siti Amanina binti Haji Abdullah, Cikgu Norazemah binti Haji Azamain.

MISI SEKOLAH UGAMA ANTARABANGSA JERUDONG (JIS)

STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH UGAMA ANTARABANGSA JERUDONG (JIS)


 PURATA KERAMAIAN MURID SEKOLAH UGAMA ANTARABANGSA JERUDONG (JIS)


STATISTIK PELAJAR ISLAM DI JIS


PERATUS KESELURUHAN PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN DARI SESI 2011-2012 HINGGA SESI 2018-2019


PERATUS KESELURUHAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN DARI SESI 2011-2012 HINGGA SESI 2018-2019



PENCAPAIAN PERATUS KESELURUHAN PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN DAN AKHIR TAHUN DARI SESI 2012/2013 HINGGA SESI 2018/2019


PENCAPAIAN PEPERIKSAAN SIJIL SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA DARI TAHUN 2006 HINGGA 2018


PENCAPAIAN PEPERIKSAAN CALON ARAB DARI TAHUN 2007 HINGGA 2019


UGAMA ACADEMIC YEAR PLANNER

SEKOLAH UGAMA ANTARABANGSA JERUDONG
UGAMA ACADEMIC YEAR PLANNER 2019-2020
No Date Title Class
1 22, 23 & 26.08.2019 Staff Inset Days and School Open Teachers
2 1,5,6,7,8,12,13,14,15, 19, 20, 21, 22.08.2019 extra class for darjah 6 2019
(time 8.45am - 11.30am)
Dh 6 2019
3 1.8.2019 - 31.8.2019 Start Final Year Oral's Exam SSSRU 2019
Government School
Dh 6 2019
4 26.8.2019 - 31.8.2019 Final Year Oral's External Exam SSSRU 2019
(For SUJIS)
Dh 6 2019
5 27.8.2019 distribute text books and time-table dh Pra till 5
6 27.09.2019 New Islamic Calender 1441H and Teacher's Day Celebration dh Pra till 6
7 1, 2, 3, 4 Oktober 2019 Mock Exam SSSRU 2019 Dh 6 2019
8 11.10.2019 Parent Teacher Meeting for Darjah 6 2019 Dh 6 2019
9 18.10.2019 Giving Certificate Ceremony Dh 6 2018
10 21,22, 23 & 24 Oktober 2019 extra class for darjah 6 2019
preparing for Written SSSRU Examination (time 8.45am - 11.30am)
Dh 6 2019
11 07.11.2019 Ceramah Motivasi 2019 Dh 6 2019
12 10.11.2019 Sembahyang Hajat at Masjid Assalehin
(prayer for preparing the Exam)
Teachers
& Dh 6 2019
13 16, 18, 19, 20, 21, 23 & 25 November 2019 Extra Class Morning (Time: 8.00am - 11.30am)
(Including Saturday)
Dh 6 2019
14 16, 18, 19, 20, 21, 23 & 25 November 2019 Final Written External Exam SSSRU for Darjah 6 2019
(Including Saturday)
Dh 6 2019
15 25, 26, 27, 28, 29 November 2019 First Monthly Test Year 2019-2020 dh Pra till 5
16 02 & 03 Disember 2019 Praktikal Wudhu dh Pra till 6
17 04 & 05 Disember 2019 Menghalusi Bacaan Dalam Sembahyang dh Pra till 6
18 06.12.2019 Prophet Muhammad's Birthday Celebration 1441H dh Pra till 6
19 09.12.2019 - 12.12.2019 End of First Terms' Activities dh Pra till 6
20 13.12.2019 No lessons for student of Ugama only Khatam
Al-Quran for Teachers
dh Pra till 6
21 06.01.2020 - 10.01.2020 distribute text books and time-table for Dh 6 2020 Dh 6 2020
22 13, 14,15, 16, 17, 20, 21 &
22 Januari 2020
Mid Year Oral's Exam year 2018-2019 dh pra till 5
23 29, 30, 31 Januari 2020

Revision's Week dh Pra till 5
24 03.02.2020 - 07.02.2020 Mid Year Written's Exam year 2019-2020 dh Pra till 5
25 21.02.2020 Parents-Teachers' Meeting (Pra till Darjah 5) dh Pra till 5
26 9, 10, 11, 12, 13 Mac 2020 Second Monthly Test Year 2019-2020 dh pra till dh 5
27 9, 10, 11, 12, 13 Mac 2020 First Monthly Test for Dh 6 2020 Dh 6 2020
28 14, 15, 16, 17, 20, 21, 22,
23 April 2020
Final Year Oral's Exam year 2019-2020 Dh Pra till 3
29 4, 5, 6, 7, 8, 11, 12, 13, 14, 15,
18, 19, 20, 21 Mei 2020
Final Year Oral's Exam year 2019-2020 Dh 4 till 5
30 4, 5, 6, 7, 8, 11, 12, 13, 14, 15,
18, 19, 20, 21 Mei 2020
Mid Year Oral's Exam for Dh 6 2020 Dh 6 2020
31 2,3,4,5 Jun 2020 Revision's Week Dh 4 till 5
32 8,9,10,11,12 Jun 2020 Final Year Written's Exam year 2019-2020 Dh pra till 5
33 8,9,10,11,12 Jun 2020 Mid Year Written's Exam Dh 6 2020
34 19.06.2020 Parents-Teachers' Meeting dh Pra till 6
35 03.07.2020 Khatam Al-Quran Ceremony For Darjah 6 2020 dh 6 2020

RANCANGAN TAHUNAN SEKOLAH
SESI 2019 – 2020

BULAN

PERKARA

CATITAN

Ogos

2019

September 2019

o Kemasukan murid Darjah Pra Sesi 2019 – 2020

o Pembahagian buku teks kepada murid darjah Pra – V sesi 2019 – 2020

o Mesyuarat kali pertama bersama guru besar dan guru-guru

o Majlis membaca Yassin dan bertahlil sempena Hari Guru

o Mengedarkan surat pemberitahuan mengenai kutipan yuran tahunan sekolah

o Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Hari Guru


Oktober

2019

November 2019

o Majlis Penyampaian Sijil SSRU bagi murid darjah VI 2018

o Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang

o Cuti pertengahan penggal pertama persekolahan (19.10.2019-27.10.2019)

o Sembahyang hajat dan membaca Yassin bagi menghadapi Peperiksaan SSSRU darjah VI 2019

o Peperiksaan SSSRU darjah VI 2019

o Ujian Bulanan kali Pertama bagi Darjah Pra – V (sesi 2019-2020)

o Perkumpulan murid-murid dan guru-guru (sebulan sekali)


Disember

2019

Januari 2020

o Membaca Yassin dan Tahlil Doa Arwah bersama murid-murid sebelum cuti persekolahan Penggal Pertama

o Sukan Ria

o Aktiviti Fardhu Kifayah dan Fardhu ‘Ain

o Majlis khatam Al-Quran bagi guru-guru sebelum cuti penggal persekolahan

o Cuti penggal pertama persekolahan (14.12.2019 – 05.01.2020 )

o Kemasukkan murid Darjah VI 2020

o Pembahagian buku teks kepada murid darjah VI 2020

o Peperiksaan lisan setengah tahun bagi darjah Pra – V (sesi 2019-2020)

o Peperiksaan Bertulis Setengah Tahun bagi darjah Pra – V (sesi 2019 – 2020 )

o Cuti pertengahan penggal kedua persekolahan (24.01.2020 – 28.01.2020 )


Februari

2020

Mac

2020

o Menandatangani rekod kemajuan keputusan peperiksaan setengah tahun bagi Darjah Pra – Darjah V 2019-2020

o Perkumpulan murid-murid dan guru-guru (sebulan sekali )

o Membaca Yassin dan Tahlil Doa Arwah bersama murid-murid sebelum cuti persekolahan Penggal kedua

o Majlis khatam Al-Quran bagi guru-guru sebelum cuti penggal kedua persekolahan

o Ujian bulanan kali kedua bagi darjah Pra – V (sesi 2019-2020)

o Ujian bulanan kali pertama bagi darjah VI 2020

o Cuti penggal kedua persekolahan (21.03.2020. – 05.04.2020)


April

2020

Mei

2020

o Peperiksaan lisan setengah tahun bagi darjah VI 2020

o Cuti pertengahan penggal ketiga persekolahan (23.05.2020 - 01.06.2020)

o Peperiksaan lisan akhir tahun bagi darjah Pra-V (sesi 2019-2020)

o Peperiksaan Bertulis akhir Tahun bagi darjah Pra – V (sesi 2019 – 2020 )

o Peperiksaan Bertulis Setengah Tahun bagi darjah VI 2020


Jun

2020

Julai

2020

o Menandatangani rekod kemajuan keputusan peperiksaan akhir tahun tahun bagi darjah Pra – V (sesi 2019 – 2020)

o Menandatangani rekod kemajuan keputusan peperiksaan setengah tahun bagi darjah VI 2020

o Mengembalikan kitab-kitab bagi darjah Pra – V (sesi 2019-2020)

o Kenaikkan kelas bagi darjah Pra – V untuk sesi 2020-2021

o Membaca Yassin dan Tahlil Doa Arwah bersama murid-murid sebelum cuti persekolahan Penggal ketiga

o Majlis khatam AlQuran bagi guru-guru sebelum cuti penggal kedua persekolahan

o Cuti penggal ketiga persekolahan (04.07.2020 – 21.08.2020 )


JADUAL WAKTU SESI 2019-2020